Saturday 11 February 2012

Team Dutch defeated PFA 5-1


Khamis, 09/02/12
PFA memulakan perlawanan pertama mereka untuk tahun 2012 dengan kekalahan teruk apabila dijinakkan oleh Team Dutch dengan jaringan 5-1. Pada separuh masa pertama, PFA berjaya mendahului permainan yang dijaringkan oleh Qayum dengan sepakan tajam beliau hasil bantuan hantaran cantik daripada ninak dari jarak jauh. Kedua-dua pasukan bermain dengan hati-hati namun Team Dutch berjaya mendapatkan satu gol berharga pada minit-minit kecederaan separuh masa pertama hasil daripada sepakan percuma dan kelalaian pertahanan PFA membawa padah.

Pada separuh masa kedua pula semakin sukar untuk PFA mengatur serangan dan Team Dutch mengambil kesempatan untuk mengasak dan menguasai permainan. Penyerang PFA Hj. Azim dan Fizu seringkali mempunyai peluang untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan namun tidak digunakan sebaik mungkin. Serangan demi serangan daripada Team Dutch akhirnya berjaya membolosi pintu gawang PFA sehingga 4 kali. Walaubagaimanapun, kesemua pemain PFA menunjukkan semangat permainan yang baik mungkin juga kerana ini merupakan perlawanan pertama mereka bagi tahun 2012. Keputusan penuh, Team Dutch 5 PFA 1.

1st Half:
Pin, JJ, Aziz, Boy B, Deq Wan, Qayyum, Jafni, Ninak, Ali, Najib, Nabil

2nd Half:
Pin, JJ (Ninak), Nabil (Sharul), David, Aqil, Boy Habs, Ali (Fizu), Dillah, B. Royy (Nasri), Hj Ajim, Duan





No comments:

Post a Comment